Sunday 12 January 2014

KUCING BENGAL





Pernah dengar kucing bengal ? Okay , ni first time shiyda dengar kucing bengal . lolz .. itupun bila terjumpa satu artikel berkaitan dengan kucing bengal tu . Tengok gambar kucing bengal tu ala-ala harimau . Tapi serius comel . Rasa macam nak beli sekor . Tapi agak-agak berapa harganya kucing bengal ni eh . Well , saya pencinta kucing ! Dekat rumah je dah ada 4 ekor . hihi




Ok la , pada yang masih tak tahu apa itu kucing bengal , mari baca sedikt artikel yang dipetik dari alamkucing .

Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah. 

Breed yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya. Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing shorthaired yang lain. Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.




comel ! siapa ada jual kucing bengal ni . Sila bagi harga murah ye . hee


Kucing Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. Mereka sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk bermain. Mereka juga mempunyai personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan memuaskan hati manusia. Pemilik kucing Bengal akan mendapati bahawa breed ini hampir dengan anjing dari segi personaliti di mana mereka akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi dari bilik ke bilik dan sentiasa menantikan kepulangan anda dengan sambutan yang ceria. 


Kucing Bengal amat sesuai untuk berdamping dengan anak-anak kecil dan binatang peliharaan lain. Kucing yang cantik ini pasti akan menyerikan mana-mana rumah dan menjadi teman setia manusia.Satu lagi keunikan kucing Bengal adalah mereka sebenarnya suka dengan air. Mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam dengan air yang mengalir dari pili air yang terbuka dan menggembirakan kanak-kanak atau golongan dewasa dengan keliincahan mereka bermain dengan air.





2 orang pot-pet !:

Anonymous said...

hai semua...sy ada jual.bengal dg harga yang berpatutan...0196223890

Afiffuddin said...

Harga kucing Bengal antara yg mahal berbanding kucing lain. Lepas banjir aitu ada juga yg jumpa kucing bengal atas pokok.

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)