Monday, 21 January 2013

LELAKI CUBA RASA SAKIT BERSALIN






Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.
Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan mereka cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Pada tahun 2009,Dr Andrew Rochford telah melalui pengalaman yang sama dalam program What's Good For You. Dua jam kemudian,mukanya hampir biru menahan kesakitan yang dialami. Walaupun hanya simulasi,ternyata kesakitan yang dialami sukar ditanggung oleh mereka.Jika dalam keadaan sebenar,bagaimana?

Begitulah istimewanya wanita. Walaupun wanita dijadikan lemah,tetapi Allah mengurniakan kekuatan yang luarbiasa yang tidak dapat ditanggung oleh kaum lelaki. Terima kasih untuk semua ibu dan para isteri didunia ini, sungguh besar pengorbananmu ^_^



sumber 


 LIKE Shidaizy Boutique untuk mendapatkan tudung & Shawls eksklusif dgn harga yg berbaloi ! Sesiapa yang ingin menjana pendapatan sbg Agen Dropship juga dialu-alukan . Tempat terhad ! Thanks :)

24 orang pot-pet !:

najihahfara said...

beruntung sangat jadi perempuan

SHIMI said...

lelaki atau perempuan..
masing-masing ada peranan dan kelebihan.
Saling melengkapi seperti kehendak-Nya

^^eKaTiKaH^^ said...

sungguh besarkan pengorbanan seorang ibu apabila mahu melahirkan anak. sakitnya tidak terkata

kopi pasta said...

err, mcm mana rupa alat tersebut dan mcm mana alat tu beroperasi..aku ttiba terfikir ssuatu yg pelik =.='

Ayie Abas said...

salam shiyda :)

mcm best jer alat tu...ayie nak try laa..agak2 berapa lama leh tahan..hehe

boni kacak said...

betul lah... itu lah keistimewaan kaum perempuan... dan seorang ibu haruslah dihormati...

diana said...

ada ye alat macam tu...
elok dibuat untuk hukum lelaki2 yang tak bagi nafkah kat anak2 ..heheh

Mrs Velentine said...

Jadi jangan memperlekehkan seorang ibu..

Mrs Velentine said...

Jadi jangan memperlekehkan seorang ibu..

shu said...

oleh itu hrgai ibu kt :)

sha (chirp chirp) said...

i love u ibuuuu :)

Dunia Wilma said...

Inilah keistimewaan seorang wanita...Wilma berbangga dilahirkan sebagai seorang wanita ^_^

miz ruha said...

besar pengorbanan seorang wanita yang menahan sakit untuk bersalin...
seperti tanya kopi pasta, macam mana alat tu berfungsi ye...

hana hadi said...

kesakitan tu juga sebagai pengapus dosa

p/s : Takut aih..hehe

Nurul Aini said...

Banyak kelebihan menjadi wanita sebab itu Allah meletakkan dan menaikkan martabat wanita dalam islam.

Misz Fazie said...

betapa hebatnya ibu kita dapat melahirkan kita :)

sa mic said...

mak oii .Rasa sendiri baru tahu ..even lelaki sebagai ketua tapi perempuan adalah segalanya , hahah

Detective Fiqa said...

hmm. kesedaran untuk kaum adam

deqjamucuxx said...

bagi je kat suami2 di malaysia niii :) haha

cweet pinky said...

peliknye alat tersebut ..

Cik Yaya said...

SubhanAllah..itu la kuasa Allah kan..
dcipta wanita sbg insan yg lemah dari segi luaran tpi kuat dari segi dlman..=)

sabella mohamad said...

kuatnya wanita . sehinggakan mampu menahan kesakitan macam tu . Allahu . cuak pulak kalau bayang time kita nak bersalin nanti

c!kon!ech!c said...

ade jugak alat cmnieyh ape pon nampak bhwa pengorbanan wanita melahirkan sgt perit

FarhanahAdzlan said...

tu lahh istimewanya pempuan :)

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)