Sunday 23 December 2012

FAZURINA PERJELASKAN ISU KAHWIN LARI


Susulan khabar bahawa pelakon, Siti Fazurina yang telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang pada Khamis lalu, pelakon drama ‘Dunia Anita’ ini menjelaskan bukan niatnya untuk senyap atau melarikan diri daripada masyarakat.
“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina yang dipetik daripada portal Gua.
Fazurina turut mengakui yang dia dan suami, Hykal Zulkifli agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka.
“Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti.” ujarnya lagi.
Selain itu, Fazurina sempat memohon maaf kepada media kerana tidak menjemput ke majlis pernikahannya. Namun, akan menjemput media untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 9 Februari hadapan.
“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” tambah Fazurina lagi.

Media Hiburan

18 orang pot-pet !:

kitatauke said...

ni la cabaran dunia artis...benda boleh settle sendiri..tapi bile dah masuk tv/papaer..benda kecik jadi besar...ni la harga yang kena bayar bila nak jadi artis...:)

Unknown said...

syukur la dah diperjelaskan....syg jugak klu masalah berlarutan sbb dia pelakon yg sgt berbakat.

shedameor said...

Kontroversi sana sini. dunia artis kann.

Unknown said...

mungkin nak privasi kan.. pernah jumpa dia ni dulu. cantik lah jugak. friendly :)

Unknown said...

berhati2 dlm berkahwin...

dEdEQ dE wIshEs said...

ISH ISH .. MACAM2 LA .. HAISH

Athirah said...

camtu la bila jadik retis ni,,huhu
semua org ikut..aiya...

Unknown said...

@kitatauke betol , risiko tinggi bila jd artis ni . urm

Unknown said...

@Ayie Abas a'ah , tp skang jarang tgk dia muncul kt tv kan ?

Unknown said...

@shedameor normal la tu kan .. hehe

Unknown said...

@Misz Fazie yeke ? wahh ! untunglaa dapat jumpa . hihi

Unknown said...

@Fendy anda juga .. :P

Unknown said...

@dEdEQ dE wIshEs yup . haishhh :/

Unknown said...

@trah zain dlm best2 jd artis , ada jugak sengsaranyaa . huhu

cik lisa said...

pihak media selalu buat benda kecil jadi besar. Sumpah dah naik muak kekadang, hain

Unknown said...

no komen laa..komen lebih2 kang cakap ngumpat pulak..haha

QasehnyaRania said...

pandai-pndai la bawa diri bila dah jadi retis.semua org nak amik tahu..
salam kenal ;D

new follower ;D

QasehnyaRania said...

pandai-pndai la bawa diri bila dah jadi retis.semua org nak amik tahu..
salam kenal ;D

new follower ;D

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)