Susulan khabar bahawa pelakon, Siti Fazurina yang telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang pada Khamis lalu, pelakon drama ‘Dunia Anita’ ini menjelaskan bukan niatnya untuk senyap atau melarikan diri daripada masyarakat.
“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina yang dipetik daripada portal Gua.
Fazurina turut mengakui yang dia dan suami, Hykal Zulkifli agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka.
“Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti.” ujarnya lagi.
Selain itu, Fazurina sempat memohon maaf kepada media kerana tidak menjemput ke majlis pernikahannya. Namun, akan menjemput media untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 9 Februari hadapan.
“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” tambah Fazurina lagi.
Media Hiburan
17 orang pot-pet !:
ni la cabaran dunia artis...benda boleh settle sendiri..tapi bile dah masuk tv/papaer..benda kecik jadi besar...ni la harga yang kena bayar bila nak jadi artis...:)
Kontroversi sana sini. dunia artis kann.
mungkin nak privasi kan.. pernah jumpa dia ni dulu. cantik lah jugak. friendly :)
berhati2 dlm berkahwin...
ISH ISH .. MACAM2 LA .. HAISH
camtu la bila jadik retis ni,,huhu
semua org ikut..aiya...
@kitatauke betol , risiko tinggi bila jd artis ni . urm
@Ayie Abas a'ah , tp skang jarang tgk dia muncul kt tv kan ?
@shedameor normal la tu kan .. hehe
@Misz Fazie yeke ? wahh ! untunglaa dapat jumpa . hihi
@Fendy anda juga .. :P
@dEdEQ dE wIshEs yup . haishhh :/
@trah zain dlm best2 jd artis , ada jugak sengsaranyaa . huhu
pihak media selalu buat benda kecil jadi besar. Sumpah dah naik muak kekadang, hain
no komen laa..komen lebih2 kang cakap ngumpat pulak..haha
pandai-pndai la bawa diri bila dah jadi retis.semua org nak amik tahu..
salam kenal ;D
new follower ;D
pandai-pndai la bawa diri bila dah jadi retis.semua org nak amik tahu..
salam kenal ;D
new follower ;D
Post a Comment
thanks for the comment . Appreciate it :)