Tuesday 13 November 2012

HUKUM MEMAKAI INAI


Assalammualaikum ..

tadaa ! cantik kan inai , seperti yang kita tau , inai ni dah jadi trend sekarang . macam kat facebook aku , newsfeed memang ramai jugak la yang dok upload gambar diorang dok buat ukiran inai ni . memang cantik , memang indah , lagi-lagi bila terletak lembut kat tangan seorang wanita . tapi sejauh mana hukum memakai inai ala-ala tatu ni yer ? 
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
wallahu'alam...

Ada yang kata , ukiran inai ala-ala tatu ni menyerupai amalan perkahwinan kaum India . lagipun berhias hanyalah untuk suami. Sekarang ni realiti yang kita lihat bahawa para isteri tidak lagi berhias kepada suami ketika berada di rumah. tetapi bila nak menghadiri sesuatu majlis seperti kenduri kahwin, berhiasnya bukan main. terkejut si suami. huu Apa-apa pun tepuk dada , tanya iman mu :) 


LIKE Shidaizy Boutique untuk mendapatkan tudung & Shawls eksklusif dgn harga yg berbaloi ! Sesiapa yang ingin menjana pendapatan sbg Agen Dropship juga dialu-alukan . Tempat terhad ! Thanks :)

23 orang pot-pet !:

Unknown said...

berhias untuk org lain...patotnya untuk suami je....

Unknown said...

berhias dan berwangian hanya untuk suami..
inai hanya dihujung jari..

Unknown said...

@Fendy agree ! :)

Unknown said...

@miz ruha btol tu miz ruha , suami didahulukan . ^^

cik nana said...

suke pakai inai tapi kat kuku je.hee

MéuzAngelo™ XXIII said...

inai berbentuk lukisan mcm kat atas ni sebenarnya haram.. kalau inai biasa yg highlight kat hujung jari tu, boleh.

Orkid Edyliyne said...

ada satu blog nie, OE baca dia kata boleh selagi mengikut syarak...
OE tengok dekat sini http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2012/08/hukum-memakai-inai-bercorak.html..

apa2 pun, kalau dalam berhias memang dielakkan berlebih2an... hehe... ^^

Unknown said...

@cik nana hehe , sama la tp skang dah malas nk pkai inai , dulu rajin la :)

Unknown said...

@MéuzAngelo™ XXIII urm btol2 , tp trend mengatasi segala2nya . huhu

Unknown said...

@Orkid Edyliyne @ OrkEd shiyda pn ada dgr jugak pasal tu tp tak tau la mana yg btol kan , :)

Unknown said...

tak suka sgt inai yg mcm tu.. yg biasa2 dah. lg cantik.. =)

♥ Nana BamBam ♥ said...

biase la dah trend ikut org india..

boleh tu boleh tp jangan sarat laa.. tak pun pakai hujung jari je macam irma hasmie tu :)

Hanif Redland said...

kita kan 1 malaysia..hehe..nak pakai tak salah, tengok atas niat kita..untuk tujuan apa..

caliph shuriken said...

lebih kurang mcm kes jadi mangsa fesyen tanpa sedar kn...

Unknown said...

haram memakai inai ..adat menjadi hukum tak boleh ..adat orang india dahulunya menjadi hukum wajib bagi org melayu ..

Unknown said...

Thanks dear sharing..^^
tapi dengar kata, yang ukiran haiwan xboleh kan..?? Tapi agak confuse sebab isteri Ustaz Don wat ukiran inai..(>.<)..hermmmmmm..

Hazmin Hamudin said...

Saya memang tak suka pakai inai dan tak suka perempuan pakai inai. Macam geli je tengok.. Harap kawin nanti tak kena pakai.. Haha

shedameor said...

cantiknya tangan. ehh. hehe. ape yang sheda tahu and terbaca la, inai yang dilukis berbentuk binatang tu yang haram. kalau tumbuh2an takpe. kalau tak silap, ustaz don daniyal cakap. sebab isteri dia pon pakai inai lukis2 time kahwin hari tuu. sorry if salah info :)

sha (chirp chirp) said...

pakai hujung jari da cukup :D bila nak kawen? ehem2 :D

boni kacak said...

awak nanti berhias utk suami awak je tau..

dariilhamkehati said...

betul la pasal inai nih , memang ikut adat india , kite nih kan asalnya sebelu islam dtg , kite nih beragama hindu ..

*hah , tuh dye cik CP si cikgu sejarah dah mai*

tirahzairi said...

take note!!!

lumrah wanita nak berhias kan...huhu

Unknown said...

ye ke, jadi pakai inai kat kuku je, tau2, ahaks

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)