Friday 10 January 2014

RESEPI KEK KEJU MELELEH CARA MUDAH

kredit:my resepi


Dari sehari ke sehari nak buat kek keju meleleh ni , sampai sekarang tak buat-buat lagi . Takpa , tunggu ada mood baru boleh baking-baking ! sekarang ni macam malas jeeee . hihi tengok orang makan macam menyelerakan , ramai yang jual kek keju meleleh ni . murah pun murah . RM10 je satu . Esok kena beli jugak !

Kat sini shiyda ada jumpa resepi KEK KEJU MELELEH dekat myresepi.com . Kalau takda apa nak buat tu , try la buat kek kesukaan ramai ni . Ketagih kalau makan okay .



RESEPI KEK KEJU MELELEH 

Bahan-bahan ( 8"x 8" )

  • 100 gram gula halus
  • 2 sudu makan ovelet
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram tepung hong kong
  • 60 gram tepung jagung
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • 1 sdt esen vanilla
  • UNTUK CREAM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)
  • UNTUK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara-cara

  1. 1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. 8. Akhir sekali taburkan chedar cheese yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

kredit:myresepi.com


MENARIK :


TONTON ONLINE DRAMA ARIANA ROSE EPISOD 7 & EPISOD 8

Ariana Rose episod 7

ArianaRose07 by malaymoviemy
Ariana Rose episod 8

ArianaRose08_(new) by malaymoviemy

TIPS KURUSKAN BADAN






Berat badan bertambah ? Alamak , macam mana nak kurus ni ? 
Shiyda pernah mengalami keadaan macam ni satu ketika dahulu , nak cakap badan gemuk sangat tak lah cuma badan terlampau berat sampai nak buat kerja pun malas . Asyik makan je apa yang terhidang kat depan mata ! haha Bahaya tu .

Nak tips kurus tak ? Cuba baca ni kejap :

  • Jadikan air masak sebagai minuman utama
- Masa sarapan je boleh minum air kegemaran korang macam milo,jus oren,kopi/teh . Tapi .. lepas tu hanya minum air masak je . 

  • Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
-ok , benda ni memang shiyda praktikkan . makan banyak kali dalam sehari tapi dalam hidangan kecil je . INGAT ! hidangan kecil je ok . 

  • Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
-Kalau malas sangat nak berjalan tu , apa kata pergi shopping . sedar tak sedar , dah 2 jam berjalan ! Senang kan .

  • Makan buah-buahan
- Kalau dah selalu minum air jus buah , kali ni tukar selera pulak , kita makan buah-buahan . Jangan minum jus buah dah sebab kita akan rasa lebih kenyang bila makan buah-buahan berbandng meminumnya  . Dah leka sangat makan buah , terus kita lupa nak makan makanan berat yang lain . Thats good :)



Sebenarnya , banyak lagi tips-tips kurus,cara untuk kurus yang boleh kita amalkan . Yang penting usaha . Selain tu ada juga kaedah lain nak kuruskan badan macam ni : 


Nak kurus kena bersabar , bukan harini kita usaha diet bagai , esok dah boleh kurus . No no , bagi masa untuk badan tu sesuai dengan amalan diet atau teknik yang kita amalkan ini .

So , good luck !

# Nak buat duit dengan bisnes tak ? jom ke SINI