Berat badan bertambah ? Alamak , macam mana nak kurus ni ?
Shiyda pernah mengalami keadaan macam ni satu ketika dahulu , nak cakap badan gemuk sangat tak lah cuma badan terlampau berat sampai nak buat kerja pun malas . Asyik makan je apa yang terhidang kat depan mata ! haha Bahaya tu .
Nak tips kurus tak ? Cuba baca ni kejap :
- Jadikan air masak sebagai minuman utama
- Masa sarapan je boleh minum air kegemaran korang macam milo,jus oren,kopi/teh . Tapi .. lepas tu hanya minum air masak je .
- Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
-ok , benda ni memang shiyda praktikkan . makan banyak kali dalam sehari tapi dalam hidangan kecil je . INGAT ! hidangan kecil je ok .
- Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
-Kalau malas sangat nak berjalan tu , apa kata pergi shopping . sedar tak sedar , dah 2 jam berjalan ! Senang kan .
- Makan buah-buahan
- Kalau dah selalu minum air jus buah , kali ni tukar selera pulak , kita makan buah-buahan . Jangan minum jus buah dah sebab kita akan rasa lebih kenyang bila makan buah-buahan berbandng meminumnya . Dah leka sangat makan buah , terus kita lupa nak makan makanan berat yang lain . Thats good :)
Sebenarnya , banyak lagi tips-tips kurus,cara untuk kurus yang boleh kita amalkan . Yang penting usaha . Selain tu ada juga kaedah lain nak kuruskan badan macam ni :
Nak kurus kena bersabar , bukan harini kita usaha diet bagai , esok dah boleh kurus . No no , bagi masa untuk badan tu sesuai dengan amalan diet atau teknik yang kita amalkan ini .
So , good luck !
# Nak buat duit dengan bisnes tak ? jom ke SINI
0 orang pot-pet !:
Post a Comment
thanks for the comment . Appreciate it :)