Sunday 27 April 2014

RESEPI BISKUT LIDAH KUCING @ RAINBOW COOKIES SEDAP

Salam .

Lama tak berkongsi resepi di blog ni . Terpikir nak kongsi resepi biskut lidah kucing @ rainbow cookies ni sebab adik shiyda tengah rancak berbisnes rainbow cookies ni . Tempahan memang alhamdulillah memang banyak . tak menang tangan dibuatnya . Ada yang nk tempah untuk event , kenduri kahwin , doorgift , untuk tempahan raya nanti pun ada . rainbow,cookes,murah,resepi,lidah,kucing,

Tapiiii . sesiapa yang berminat nak order tu kita tak syorkan untuk pos sebab takut hancur . tau-tau je la , biskut lidah kucing ni tersangatlah rapuh . So sesiapa yang nk order disyorkan melalui COD area batang kali @ rawang . So puas hati , biskut tak hancur . boleh makan dengan senang hati :D tapi kalau yang xkisah hancur tu , den tak dapek nak nolong . kita pos je la k . :)


_______________________________________________________________

RESEPI BISKUT LIDAH KUCING

250 gm mentega 
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
 
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
 
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara


Tempahan customer yg haritu punya . 20 box all sold . 
Kita jual murah2 je . Ramai tanya apa rasa rainbow cookies ni ? Haa rasa dia ala-ala biskut butter . lemak manis tp tak la manis sangat . Yang bestnya biskut ni rapuh sangat senang nak makan . Letak dalam mulut , takdan nak kunyah , dah cair . hewhew 
So yang berminat nak order dan COD boleh terus sms/whatsapp +60178708463 ( ika )

8 orang pot-pet !:

hazanis said...

femes biskut ni.:)

Unknown said...

@cinta_hazanis kan . femes mengalahkan artis . hii :)

Unknown said...

Wahh murahnya jual. Sebelum2 ni dok tengok orang jual rm20++. hihi

Unknown said...

Sis buh bubble wrap pn kalo pos blh pecah ke

farwizah said...

cantiknya...

Anonymous said...

Emplex tu apa eh?

Mrs.SS said...

Emplex tu adalah perangup biskut, dibakery ada jual.

Nurin Jazlina said...

Akak duk area batang kali mane? Saya duk dekat Ulu Yam Bharu. nak tanye mne nak beli emplex tu?

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)