Wednesday 15 January 2014

RESEPI ALMOND CRUNCHY CARAMELO . SEDAP !



sumber:google


Hai hai . Semalam try beli biskut ALMOND CRUNCHY CARAMELO sikit kat sorang akak ni . Yela dah orang lain dok sibuk cakap sedap , sedap , nak la juga merasa sikit . Betol ke sedap ? Last-last bila makan , krup ! krup ! memang rangup . Sedap sangat sangat . Dah la nama nak eksklusif je . Hee

Tapi bila makan sebalang , macam tak cukup je . Hahaha teringin la pulak nak buat sendiri , lagi dapat banyak kan . Search punya search , last-last jumpa jugak resepinya . Jom try sama-sama !


Bahan-bahan:-
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Cara-caranya :
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Haa , setel ! selamat mencuba :)




MENARIK :




3 orang pot-pet !:

Sue Bee said...

dik, ni guna gula ke madu??..cam tak lengkap je..

Unknown said...

Dah lengkap ni . Gula xpayah . Madu pun xpayah . Kandungan tepung tu nnt yg akan jd biskut ni melekat nnt . Try dlu kak . :)

Anonymous said...

nak tanya..tepung florenta tu x perlu bancuh dgn air ke??

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)