Wednesday 21 November 2012

AL KISAH 7-ELEVEN !


Assalamualaikum ..

Sebenarnya aku musykil ni , 7-ELEVEN ni ada di mana-mana je kan , kat tempat korang pun rasanya mesti ada . Tak sah pulak kalau tak beli air SLURPPPEE .. ! gulp ! :) Kalau korang perasan la , sesetengah 7-ELEVEN ni ada menjual minuman arak . dan paling menyedihkan hampir kesemua staff 7-ELEVEN adalah beragama islam . aku tertanya-tanya adakah mereka ni termasuk dalam golongan dilaknat Allah ? macam mana dengan pendapatan diorang ni ? halal ? haram ? 


Kesian sangat kan , tanpa disedari dapat dosa yang tak diundang kerana gara-gara si pembeli minuman arak yang buat pembayaran di kaunter , pada masa yang sama jugak staff ni akan dapat dosa kerana dianggap membantu pembelian arak itu . Daripada sumber yg aku dapat , pendapatan diorang ni bercampur halal dan haram . What ?? urm .. Tapi aku percaya staff 7-ELEVEN mungkin akan rasa serba salah sebab itu semua adalah tanggungjawab kerja diorang , nak taknak terpaksa la buat .. dan mungkin ada yang tak sedar tentang perkara ni . 


Tapi serius , jarang aku tengok staff 7-ELEVEN yang bukan beragama islam . kenapa ? kenapa ?  *termenung tengok bulan*

Nak tau yang lebih sahih boleh baca kat sini --> sumber

LIKE Shidaizy Boutique untuk mendapatkan tudung & Shawls eksklusif dgn harga yg berbaloi ! Sesiapa yang ingin menjana pendapatan sbg Agen Dropship juga dialu-alukan . Tempat terhad ! Thanks :)

32 orang pot-pet !:

Vidic said...

awk pn comel tau... hehehe

Unknown said...

ramai je pekerja 7 E tu muslim jual arak ..tu laa..nak cari kerja kena tengok juga kerja kat mana ..

chemie said...

ntahlah...kadang2...terpikiaq jugak..depa mungkin tak dapat nak cari kerja lain agakya..

berbaik sangkalah..

Unknown said...

aah la...pelik ka..xrasa bersalah ke?

Unknown said...

@PORUMAN aik ? lari topik ni .. huuu :P

Unknown said...

@Syaifuddin Alias betul , tapi mungkin dorang tak sedar kot ..

Unknown said...

@chemie tu la pasai , tp sesetengah ja 7e dok ada arak dalam tu naa . yg lain ok ja rasanya ..

Unknown said...

@Fendy tak tau la fendy , dorg tak tau kot pasal bnda ni . erkk !

cik lisa said...

Tertanya tanya jugak kekadang .Tapi nak buat macam mana , demi nak dapatkan rezeki sampai terlupa fikir soal tu.. hmm

Anonymous said...

Sebenarnya macam tak salah kut, sbb diorg jual kepada yang bukan Islam, dan diorg pun bukan minum arak tu, diorg just sentuh botol kan. apa2 pun Allah lebih mengetahui, kalau ada salah silap sepuluh jari ana susun memohon maaf

Mrs Velentine said...

no komen..

dariilhamkehati said...

bkn 7E jecik syida , same la kalaw kerja kat mall kan , yang bahagian basah2 tuh , kalaw tak pown bahagian minuman arak tuh la ...

kalaw orang hulur daging , ehem3 .. acano tuh ??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

@Sa Michaisi a'ah , wallahualam ..

Unknown said...

@Anonymous encik anon , apa saja yang melibatkan arak , tak kisah la sentuh botol arak ke , susun botol arak ke , mempamerkan ke , itu semua adalah berdosa walaupun dia tak minum . boleh baca kat sumber tu . hehe thank youu :)

Unknown said...

@Mrs Velentine ok fine . haha :P

Unknown said...

@cweet pinky hahh .. tau takpa cp , haihh , complicated betul kan .

boni kacak said...

itu lah... adeh.. mungkin ni jugak permainan bangsa yahudi untuk memesongkan akidah umat Islam...

Zyra Roxx said...

kt supermarket pun sama, ada arak, di mana2 pun ada arak

Yaya Mohd said...

betul..kbnykn org Islam..knpe??
tertnye jgk..heeee
pernah ternmpk staff kedai (bukan 7-11) ni,Islam,lelaki tgh susn botol arak dlm peti sejuk minuman tu...hmmm..mjadi tnda tnye jgk..adakah slh pkerja atau manager kedai tu yg mnyuruh dia susn botl ark sdri..sdgkan ade pkrja yg bukn Islam dlm kdai tu... =_=?

Afiqah said...

tak penah? hahaha df ade. kat sini melayu :D hehehe melaka tauu

kitatauke said...

rujuk la pada yang pakar...kl bab agama, rujuk ustaz,ulama...sebenarnya dah lama benda ni dibincangkan majlis fatwa...sebolehnya elaklah dr terkena dosa syubahah..bukan kat malaysia ni xde keje yg dijamin halal..

Unknown said...

@boni kacak mungkin laaa .. urm

Unknown said...

@Zyra Roxx a;ah , cuma kita je yg perlu beringat kan .. :)

Unknown said...

@Cik Yaya yela , tau takpe , yg manager pulak dia nk tau pekerja dia buat keje je tanpa pikirkan halal haram , ishh tak brani nk ckp byk . wallahualam :)

Unknown said...

@Detective Fiqa ouh yeke , org melaka rupanya df conan ni eh ! :P

Unknown said...

@kitatauke yup , nk yg lebih sahih rujuk la pada yg pakar , tak brani nk ckp byk .. huhu

محمد رازيق said...

jalan2 sini syida. salam kenal

caliph shuriken said...

klau apply keje 7e mmg ada risiko halal haram cmni.. seboleh2nya try apply keje kt tempat lain...

MalizaMah said...

org cina tak suka kerja 7-11... mrk tak suka kerja kedai2 gitu... mungkin...

Unknown said...

dah tahu dah 7e ada bende alah tu, tak kan dorng tak sedor ..haha

Unknown said...

kalau was2, baik jngan kerja, cari kerja len, banyak tempat lain ag leh bagi kita rezeki

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)