Showing posts with label senarai semak perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label senarai semak perkahwinan. Show all posts

Friday, 17 January 2014

CHECKLIST PERKAHWINAN



Kepada sesiapa yang merancang ingin melangsungkan perkahwinan , semestinya sedang serabut nak fikir tentang persiapan-persiapan yang harus dilakukan supaya majlis berjalan dengan lancar dan sempurna kan . Takut ada barang yang tak cukup , yang tertinggal , macam-macam la . Makanya , checklist lah penyelamat . Dengan adanya checklist perkahwinan , kita boleh menyemak senarai barang-barang keperluan yang perlu dihighlightkan . Di sini shiyda kongsikan sedikit senarai semak utk keperluan asas pengantin yang dipetik dari syokkahwin.com . Boleh dijadikan panduan untuk diri shiyda sendiri juga . Hoho Harap bermanfaat .


checklist,perkahwinan,


Senarai Semak Barang Keperluan


KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

Prosedur Pernikahan

 Kursus pra-perkahwinan
 Maskahwin
 Wang hantaran
 Surat Akuan Bujang
 Hubungi & tempah jurunikah
 Wali & Saksi Dapat Dicari dan Ditetapkan (Perlu bawa kad pengenalan pada waktu akad nikah).
 Ujian kesihatan (HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan
 Cincin tunang
 Cincin kahwin
 Barang kemas

Busana Pengantin
 Baju pengantin lelaki
 Baju pengantin perempuan
 Baju salinan pengantin lelaki
 Baju salinan pengantin perempuan
 Tanjak dan samping
 Keris?
 Tudung
 Veil
 Barang kemas
 Kerongsang
 Kasut
 Pin
 ________________

Andaman
Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)
 Tempah juruandam / jurusolek (Jika anda bertudung, pastikan anda menempah make up artist yang pandai memasang/menghias tudung, sebab tidak semua yang pandai)
 Pelamin dan aksesorinya
 Bunga pahar
 Bunga manggar
 Bunga pegang (hand bouquet)
 Hiasan bilik tidur
 Pintu gerbang
 Inai
 Payung
 ________________

 ________________

Hantaran
Tempah penggubah hantaran
 Sewa dulang hantaran
 Hiasan dulang

Idea Barangan Hantaran (Lelaki)
Sirih junjung
 Potpurri
 Al Quran
 Kain pelikat
 Baju (sepersalinan) atau kemeja
 Songkok
 Sampin
 Kasut
 Jam
 Ipad
 Iphone/smartphone
 Kek
 Tali leher
 Tali pinggang
 Jersey sukan e.g. Baju Manchester United
 Set Penjagaan diri seperti set pencukur atau minyak wangi
 Barangan yang digemari oleh lelaki seperti album lagu (Hadiah Lisa Surihani kepada Yusry KRU)

Idea Barangan Hantaran (Perempuan)
Telekung / sejadah
 Beg tangan
 Jam
 Set peralatan solek
 Set penjagaan diri
 Barangan kemas seperti rantai, gelang, subang
 Buah-buahan
 Manisan/Cokelat
 Kek
 Telur
 Pulut kuning
 Buah-buahan
 Minyak wangi




SUMBER