Showing posts with label cara buat duit. Show all posts
Showing posts with label cara buat duit. Show all posts

Monday, 13 January 2014

BUAT DUIT DENGAN DESIGN BAJU/BAG/KAD REKAAN SENDIRI | ZAZZLE.COM





Adakah korang seorang yang kreatif ? pandai dalam bab-bab mendesign ? nak buat bisnes tapi tak ada modal ? Haa , meh sini nak cerita sikit . ZAZZLE.COM ! Tapi rasanya ramai yang dah tahu pasal perkhidmatan yang dibuat di ZAZZLE.COM ni .  

Okay , pada yang tak tahu , sedikit keterangan mengenai ZAZZLE.COM :

Zazzle.com adalah website yang memproduksi barang-barang retail dan ahli-ahli yang berdaftar boleh submit design sendiri yang akan dicetak ke produk-produk di websitenya.




So , automatik kepada yang dah berdaftar menjadi ahli boleh terus men-design baju,kasut,phone case,kad,kalendar,bag dan macam-macam lagi . Korang boleh design mengikut design yang diberikan ZAZZLE.COM ataupun boleh guna gambar sendiri ( gambar dari komputer korang) . Best kan ! Oh ya , pendaftaran adalah percuma . Boleh daftar di sini : ZAZZLE.COM



BAJU






CLUTCH


IPHONE COVER



Gambar-gambar di atas adalah antara design/rekaan ahli-ahli zazzle.com . 

Sangat kreatif . Walaupun rekaan simple , tapi jangan terkejut ada je yang berminat nak beli . ZAZZLE.COM berkonsepkan worlwide shipping . Maknanya satu dunia akan view produk yang korang buat . Kebarangkalian mereka akan beli produk korang , mungkin tinggi . Tapi produk tu kena la up to date sikit . Ikut peredaran fesyen sekarang , baru la laku . ye dak ?

Setiap produk korang yang berjaya dijual , korang akan mendapat komisen 10% dari harga produk . Kaedah pembayaran adalah melalui PAYPAL . So siapa yang berminat dan nak belajar-belajar ilmu men-design ni , boleh try layari laman web : ZAZZLE.COM






Thursday, 9 January 2014

KERJA SAMBILAN DI RUMAH SEBAGAI KERJAYA TETAP





Sekarang ni , walaupun gaji RM2000 sebulan masih tidak cukup untuk menampung keperluan harian terutamanya bagi yang sudah berkeluarga , mempunyai anak-anak yang masih bersekolah . Makanan di kantin sekolah pun sekarang dah naik harga . Ibu bapa pula pening memikirkan masalah kewangan yang tak sudah-sudah .

Kalau si isteri tidak bekerja atau menjadi surirumah , si suami terpaksa mencari rezeki lebih untuk menampung keperluan harian . Hal ini memaksa si isteri untuk mencari kerja sambilan di rumah demi membantu suami mengukuhkan ekonomi keluarga .


Tetapi sekarang semuanya ada di hujung jari . Dengan adanya talian internet , semuanya akan berubah . Kalau kita tengok dengan lambakan online shop yang ada di facebook atau instagram , kebanyakan pemliknya adalah dari kalangan isteri dan para ibu . Sambil-sambil berniaga online , boleh jaga anak , masak , kemas rumah .

Shiyda sendiri pun ada memiliki perniagaan online demi mencari pendapatan sampingan . Seronok bila ada kerjaya dari rumah ni . setiap hari ada duit masuk , walaupun sedikit lama-lama jadi bukit . hohoho lagi kita rajin , lagi banyak hasilnya ! Masa pun fleksibel sebab kita lah bos , kita lah kuli . takda sapa nak marah .

Mana tahu , ada rezeki boleh jadikan kerja sambilan ini sebagai kerjaya tetap di rumah . Tak payah gaduh-gaduh nak bangun awal pergi ofis dah .



Sesiapa yang rasa nak tahu macam mana nak buat duit , kerja sambilan dari rumah untuk menambah pendapatan boleh rujuk di sini PANDUAN BUAT DUIT / KERJAYA DARI RUMAH

PANDUAN BUAT DUIT / KERJAYA DARI RUMAH ini akan guide anda sehingga berjaya menghasilkan duit hanya dari rumah .

* Insyaallah ada rezeki , boleh buka perniagaan sendiri pula ! :)


Menarik :