Showing posts with label Contoh tracking number skynet. Show all posts
Showing posts with label Contoh tracking number skynet. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

CONTOH TRACKING NUMBER SKYNET



Ok , entri ni pendek sangat . Ada yang bertanya , macam mana contoh tracking number skynet ? yela , selalunya ramai yang menggunakan perkhdmatan pos laju berbanding skynet kan .


Berdasarkan apa yang shiyda dapat dari laman web skynet :


Tracking nombor Airway Bill digunakan oleh SkyNet WWE untuk mengkategorikan dan mengesan pakej dan penghantaran fret ketika perjalanannya sistem SkyNet WWE ke destinasi mereka. SkyNet WWE secara automatik menugaskan beberapa pengesanan penghantaran anda untuk tempahan yang dibuat dalam talian atau nombor Penjejakan dapat diperolehi daripada Airway Bill diisi secara manual.


Nombor Penjejakan/Tracking number SkyNet WWE muncul dalam format berikut (12 digit)
020002349561 iaitu 0 diikuti dengan awalan 200 diikuti dengan 8 digit.




Nampak tak dalam gambar kat atas tu , ada nombor berwarna hitam tu : 020000379035 . Haa yang tu lah tracking number utk skynet . Harap jelas yer .

Kalau ada masalah boleh rujuk di laman web skynet : LAMAN WEB SKYNET

Thank you :)


Friday, 18 January 2013

PERKHIDMATAN SKYNET YANG BANYAK HAL





Assalamualaikum ..


aku rasa macam nak jadi incredible hulk hari ni ! rasa nak tumbuk je sapa yang ada dekat depan muka aku sekarang ni . haaaa ok ceritanya begini , dalam sabtu lepas aku ada shopping online . Dalam hari isnin camtu , seller pun dah pos parcel aku , siap bagi tracking number untuk check status items kan . tapi dia guna perkhidmatan SKYNET ! aku tak familiar sangat dengan skynet , selalu guna pos laju je , diyakini suci dan selamat :)

aku pun check la status barang aku tu sama ada dah sampai ke belum , tengok-tengok tracking number not exist . heyy ! biar betul .. banyak kali jugak la aku try check tracking number , tapi tak boleh jugak last-last aku tanya seller kot-kot dia salah bagi tracking number ke , seller pun pergi call skynet kenapa tracking number tak ada dalam system , rupanya dia lambat key in dalam system . ok takpa aku sabar .. 


pagi tu aku try lagi check , ok lega sebab dia tulis " OUT FOR DELIVERY" . mungkin petang boleh sampai barang , tapi aku tunggu-tunggu tak sampai , aku sabar lagi .. esok pulak aku tunggu dengan harapan comfirm hari ni akan sampai , sampai ke petang takda jugak batang hidung skynet ngokngek tu . hahaha takpa , aku sabar ..

esok pagi pulak aku tunggu lagi , kali ni aku tak boleh sabar dah , aku call terus skynet bila barang aku boleh sampai , sebab brg aku tu dah sampai dekat ofis diorang dah dua hari lepas , agak-agak la weyhh . lepas tu boleh dia jawab camni :


SKYNET : " itu alamat rumah ke ofis eh ? "
AKU : " rumah la "
SKYNET :" semalam kitorang dah hantar barang tapi tak jumpa rumah , tak tau rumah dekat mana "
AKU : " habis tu kenapa tak call ?? "
SKYNET : " ouhh ! yang no 017 ni eh ? "
AKU : " @#^&$#!%* "
" bila nak hantar ni ? "
SKYNET : " yela ! hari ni kami hantar laa ! " dengan nada kurang ajar 

heyyy , dah terang terang nombor telefon aku ada kat situ , apa la yang kelembapan sangat tak call , tak reti tengok nombor kot . dah la layan customer macam apa . cuba la sopan sikit .. awak tu perempuan . 

darah aku tengah mendidih ni , malas nak taip lagi , kang keyboard ni pulak aku gigit .. arghhh  bye 


POS LAJU TETAP DI HATI