Bagi yang akan menghadiri interview , mesti korang tercari-cari contoh resume yang terbaik supaya dapat menarik hati majikan menerima korang bekerja . Bukan senang nak buat resume yang terbaik , silap haribulan bakal majikan korang tu tak ingin langsung nak baca resume tu sebab mungkin terlalu simple dan tak menepati apa yang mereka mahukan .
Antara masalah dalam penulisan resume kerja adalah:
Masalah #1
Menulis Resume Tanpa Strategi Yang Betul
Dengan teknologi dan informasi yang mudah didapati, mungkin korang tiada masalah mencari sumber rujukan dalam penulisan resume. Selain itu, korang juga boleh membuat sedikit rujukan melalui keluarga dan rakan. Namun sebenarnya tanpa panduan dan strategi yang betul, tindakan korang adalah sia-sia. ATAU mungkin juga dengan lambakan informasi berkaitan penulisan resume di internet akan membuat korang overload dan akhirnya tidak tahu panduan mana yang perlu diikuti.
Masalah #2
Terlalu Banyak Kesalahan Ejaan
Masalah ini memberi gambaran yang sangat negatif terhadap diri anda daripada kaca mata majikan. Ini secara tidak langsung menggugat kredibiliti anda sehingga menutup peluang kerjaya anda.Mungkin hanya kerana satu kesalahan ejaan,resume korang dah pun berada di dalam tong sampah! Bak kata pepatah,”Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga.”
Masalah #3
Maklumat Yang Tidak Lengkap
Ramai di antara pemohon pekerjaan tidak meletakkan maklumat yang lengkap. Dalam kata yang lain, maklumat yang perlu majikan ketahui tiada dalam resume kerja anda.”Apa maklumat penting itu?” Itu RAHSIA yang akan dikupas dalam eBook yang akan diberikan kejap lagi.
Masalah #4
Tiada Gambar / Gambar Tidak Sesuai
Dalam penulisan resume, salah satu elemen yang wajib diletakkan adalah gambar korang . Oleh hal demikian, ia secara tidak langsung, memberikan tanggapan pertama terhadap diri korang tau .
Masalah #5
Melipat Resume
Perkara ini tidak seharusnya berlaku dimana korang melipat resume dan hantar melalui sampul surat yang tidak sesuai. Walaupun hal ini nampak remeh namun ia adalah kesalahan-kesalahan yang tanpa kita sedari memberi gambaran negatif terhadap diri kita.
Sebenarnya banyak lagi kesalahan-kesalahan yang biasa kita buat dalam resume tanpa kita sedari . Jadi Untuk lebih tips bagaimana menghasilkan ‘Resume Yang Terbaik’ sila ke halaman berikut : Cara membuat Resume Terbaik
2 orang pot-pet !:
oh.. thanks for sharing :)
thnks sharing
Post a Comment
thanks for the comment . Appreciate it :)