Tuesday 21 January 2014

YUNA DIHENTAM PEMINAT KERANA PENAMPILAN DAN IMEJ TERKINI


Sudah pastinya bagi peminat  yang mengikuti perkembangan penyanyi Yuna, mereka pasti dapat melihat perubahan yang dilaluinya sehingga berada di tahap yang cukup membanggakan bagi seorang anak seni tempatan.
Bukan sahaja dari segi pencapaian dalam industri muzik, malah penampilannya juga turut berubah seiring dengan kehidupannya di Amerika Syarikat.
Namun, tidak ramai yang gemar dengan penampilan terbaru Yuna yang kini lebih gemar menggunakan turban yang menampakkan leher berbanding sebelum ini yang lebih ‘tertutup’.
YUNA,DIHENTAM,PEMINAT,


Semalam, satu gambar yang dimuatnaik oleh Yuna di laman Facebook telah mengundang kritikan daripada peminat yang terkejut dengan cara pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.
Gambar yang disertakan dengan ‘caption’ yang berbunyi :-
“It’s nice being a woman in the music industry, you get to dress up all the time!” memperlihatkan dia memakai baju lengan panjang baldu yang melekat pada tubuh dan berseluar ketat.
YUNA,2014


Secara tidak langsung, berlaku perbalahan antara peminat kerana perbezaan pendapat antara mereka.


YUNA,DIHENTAM,PEMINAT

Mungkin Yuna ada penjelasannya kenapa berpakaian begitu,apa-apa pun kita peminat berfikirlah kearah positif dahulu.




SUMBER

2 orang pot-pet !:

Nur Madihah said...

selama ni pun dia pakai tudung yang nampak leher. :)

Unknown said...

hope yuna dpt pertimbangkan teguran ikhlas peminat dia..hmmm

Post a Comment

thanks for the comment . Appreciate it :)