Friday 23 November 2012

TAZKIRAH : 10 SEBAB DOA DITOLAK DAN TAK DITERIMA




Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :

PERTAMA
Kamu mengenal Allah , tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.

KEDUA
Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.

KETIGA
- Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

KEEMPAT
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

KELIMA
- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

KEENAM
- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

KETUJUH
- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

KELAPAN
- kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

KESEMBILAN
- Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

KESEPULUH
- Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.


sumber : facebook 



P/S : PRAY FOR GAZA