Tuesday 21 January 2014

YUNA DIHENTAM PEMINAT KERANA PENAMPILAN DAN IMEJ TERKINI


Sudah pastinya bagi peminat  yang mengikuti perkembangan penyanyi Yuna, mereka pasti dapat melihat perubahan yang dilaluinya sehingga berada di tahap yang cukup membanggakan bagi seorang anak seni tempatan.
Bukan sahaja dari segi pencapaian dalam industri muzik, malah penampilannya juga turut berubah seiring dengan kehidupannya di Amerika Syarikat.
Namun, tidak ramai yang gemar dengan penampilan terbaru Yuna yang kini lebih gemar menggunakan turban yang menampakkan leher berbanding sebelum ini yang lebih ‘tertutup’.
YUNA,DIHENTAM,PEMINAT,


Semalam, satu gambar yang dimuatnaik oleh Yuna di laman Facebook telah mengundang kritikan daripada peminat yang terkejut dengan cara pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.
Gambar yang disertakan dengan ‘caption’ yang berbunyi :-
“It’s nice being a woman in the music industry, you get to dress up all the time!” memperlihatkan dia memakai baju lengan panjang baldu yang melekat pada tubuh dan berseluar ketat.
YUNA,2014


Secara tidak langsung, berlaku perbalahan antara peminat kerana perbezaan pendapat antara mereka.


YUNA,DIHENTAM,PEMINAT

Mungkin Yuna ada penjelasannya kenapa berpakaian begitu,apa-apa pun kita peminat berfikirlah kearah positif dahulu.




SUMBER

RESEPI KEK MARBLE (KUKUS)



resepi,kek,marble,coklat,sedap,simple,
kredit:google


Bahan-bahan ( loyang 8x8' )

  • 7 biji telur
  • 400 gm gula kastor
  • 330 gm marjerin
  • 6 sudu besar penuh susu pekat manis
  • 300 gm tepung gandum (ayak)
  • 2 penutup botol esen vanilla



Cara-cara

  1. Panaskan air dlm pengukus.
  2. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula. Pukul hingga pekat & gebu.
  3. Dalam bekas lain pukul marjerin & susu pekat hingga kembang.
  4. Masukkan adunan telur tadi dlm adunan marjerin.Satukan & pukul hingga sebati.Masukkan esen vanilla diikuti tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.Pukul hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Letakkan perwarna; merah, hijau & kuning.
  6. Griskan loyang dgn marjerin & tabur tepung.Ketuk2 kan loyang utk mbuang tepung yg lebih tadi.
  7. Masukkan 1 sb penuh adunan MERAH ditengah2 loyang,diikuti 1 sb penuh adunan KUNING dan akhir sekali 1 sb penuh adunan HIJAU.Ulang hingga habis.
  8. Tutup loyang dgn aluminium foil / plastic utk mgelakkan air wap mnitis atas kek. Kukus selama 1jam 15 minit atau hingga masak.
  9. Test guna lidi utk mgetahui kek dah masak ke belum.Jika lidi bersih bmakna kek dh masak.Terbalikkan kek setelah masak .


RESEPI NASI TOMATO



NASI,TOMATO,SEDAP,MUDAH,



Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng


Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng