Friday 17 January 2014

CHECKLIST PERKAHWINAN



Kepada sesiapa yang merancang ingin melangsungkan perkahwinan , semestinya sedang serabut nak fikir tentang persiapan-persiapan yang harus dilakukan supaya majlis berjalan dengan lancar dan sempurna kan . Takut ada barang yang tak cukup , yang tertinggal , macam-macam la . Makanya , checklist lah penyelamat . Dengan adanya checklist perkahwinan , kita boleh menyemak senarai barang-barang keperluan yang perlu dihighlightkan . Di sini shiyda kongsikan sedikit senarai semak utk keperluan asas pengantin yang dipetik dari syokkahwin.com . Boleh dijadikan panduan untuk diri shiyda sendiri juga . Hoho Harap bermanfaat .


checklist,perkahwinan,


Senarai Semak Barang Keperluan


KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

Prosedur Pernikahan

 Kursus pra-perkahwinan
 Maskahwin
 Wang hantaran
 Surat Akuan Bujang
 Hubungi & tempah jurunikah
 Wali & Saksi Dapat Dicari dan Ditetapkan (Perlu bawa kad pengenalan pada waktu akad nikah).
 Ujian kesihatan (HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan
 Cincin tunang
 Cincin kahwin
 Barang kemas

Busana Pengantin
 Baju pengantin lelaki
 Baju pengantin perempuan
 Baju salinan pengantin lelaki
 Baju salinan pengantin perempuan
 Tanjak dan samping
 Keris?
 Tudung
 Veil
 Barang kemas
 Kerongsang
 Kasut
 Pin
 ________________

Andaman
Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)
 Tempah juruandam / jurusolek (Jika anda bertudung, pastikan anda menempah make up artist yang pandai memasang/menghias tudung, sebab tidak semua yang pandai)
 Pelamin dan aksesorinya
 Bunga pahar
 Bunga manggar
 Bunga pegang (hand bouquet)
 Hiasan bilik tidur
 Pintu gerbang
 Inai
 Payung
 ________________

 ________________

Hantaran
Tempah penggubah hantaran
 Sewa dulang hantaran
 Hiasan dulang

Idea Barangan Hantaran (Lelaki)
Sirih junjung
 Potpurri
 Al Quran
 Kain pelikat
 Baju (sepersalinan) atau kemeja
 Songkok
 Sampin
 Kasut
 Jam
 Ipad
 Iphone/smartphone
 Kek
 Tali leher
 Tali pinggang
 Jersey sukan e.g. Baju Manchester United
 Set Penjagaan diri seperti set pencukur atau minyak wangi
 Barangan yang digemari oleh lelaki seperti album lagu (Hadiah Lisa Surihani kepada Yusry KRU)

Idea Barangan Hantaran (Perempuan)
Telekung / sejadah
 Beg tangan
 Jam
 Set peralatan solek
 Set penjagaan diri
 Barangan kemas seperti rantai, gelang, subang
 Buah-buahan
 Manisan/Cokelat
 Kek
 Telur
 Pulut kuning
 Buah-buahan
 Minyak wangi




SUMBER

CONTOH RESUME (SAMPLE) | PERKARA PENTING DALAM RESUME


contoh resume,resume sample,biodata,example of resume,cover letter for resume,cv,perkara penting dalam resume,



Bagi yang akan menghadiri interview , mesti korang tercari-cari contoh resume yang terbaik supaya dapat menarik hati majikan menerima korang bekerja . Bukan senang nak buat resume yang terbaik , silap haribulan bakal majikan korang tu tak ingin langsung nak baca resume tu sebab mungkin terlalu simple dan tak menepati apa yang mereka mahukan .

Antara masalah dalam penulisan resume kerja adalah:

Masalah #1
Menulis Resume Tanpa Strategi Yang Betul
Dengan teknologi dan informasi yang mudah didapati, mungkin korang tiada masalah mencari sumber rujukan dalam penulisan resume. Selain itu, korang juga boleh membuat sedikit rujukan melalui keluarga dan rakan. Namun sebenarnya tanpa panduan dan strategi yang betul, tindakan korang adalah sia-sia. ATAU mungkin juga dengan lambakan informasi berkaitan penulisan resume di internet akan membuat korang overload dan akhirnya tidak tahu panduan mana yang perlu diikuti.

Masalah #2
Terlalu Banyak Kesalahan Ejaan
Masalah ini memberi gambaran yang sangat negatif terhadap diri anda daripada kaca mata majikan. Ini secara tidak langsung menggugat kredibiliti anda sehingga menutup peluang kerjaya anda.Mungkin hanya kerana satu kesalahan ejaan,resume korang dah pun berada di dalam tong sampah! Bak kata pepatah,”Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga.”

Masalah #3
Maklumat Yang Tidak Lengkap
Ramai di antara pemohon pekerjaan tidak meletakkan maklumat yang lengkap. Dalam kata yang lain, maklumat yang perlu majikan ketahui tiada dalam resume kerja anda.”Apa maklumat penting itu?” Itu RAHSIA yang akan dikupas dalam eBook yang akan diberikan kejap lagi.

Masalah #4
Tiada Gambar / Gambar Tidak Sesuai
Dalam penulisan resume, salah satu elemen yang wajib diletakkan adalah gambar korang . Oleh hal demikian, ia secara tidak langsung, memberikan tanggapan pertama terhadap diri korang tau .

Masalah #5
Melipat Resume
Perkara ini tidak seharusnya berlaku dimana korang melipat resume dan hantar melalui sampul surat yang tidak sesuai. Walaupun hal ini nampak remeh namun ia adalah kesalahan-kesalahan yang tanpa kita sedari memberi gambaran negatif terhadap diri kita.



Sebenarnya banyak lagi kesalahan-kesalahan yang biasa kita buat dalam resume tanpa kita sedari . Jadi Untuk lebih tips bagaimana menghasilkan ‘Resume Yang Terbaik’ sila ke halaman berikutCara membuat Resume Terbaik



TONTON ONLINE DRAMA ARIANA ROSE EPISOD 12

ARIANA ROSE EPISOD 12,KEITH FOO,FATHIA,




ArianaRose12_(new) by malaymoviemy


Episod lepas :
TONTON ONLINE DRAMA ARIANA ROSE FULL EPISOD 1 - EPISOD 10
TONTON ONLINE DRAMA ARIANA ROSE FULL EPISOD 11
 

MENARIK :