Monday 13 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H | WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH



KUALA LUMPUR - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini lebih berwarna-warni dan menarik dengan penglibatan pelbagai acara termasuk persatuan basikal, paramotor dan motosikal berkuasa tinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, selain perarakan berjalan kaki, sambutan di Putrajaya akan menyaksikan penyertaan pasukan udara, darat dan air.
Antara yang terlibat ialah Kelab Motosikal 300KMJ, Persatuan Basikal Tua Batu Berendam Melaka, Persatuan Paramotor Malaysia, pasukan bot air Perbadanan Putrajaya serta Persatuan Vespa Malaysia.
Selain itu, anak yatim Darul Fuqaha dari Sungai Merab akan dibawa menaiki Kapal Persiaran Tasik Putrajaya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 157 kontinjen membabitkan 13,598 peserta akan memgambil bahagian dalam sambutan kali ini yang bertema ’Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
Othman berkata, perarakan kali ini akan disertai 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, enam institut pengajian tinggi serta empat kontinjen badan bukan kerajaan (NGO), dan mereka bakal dilepaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 7.15 pagi.
"Peserta akan berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra,” katanya.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat ke majlis itu serta merasmikannya.
Baginda akan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri Kabinet serta perwakilan negara luar.
Pada perhimpunan di Masjid Putra, selain ceramah agama oleh pendakwah bebas Ustaz Mohammad Kazim Elias, pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul turut diadakan.
Penerima Anugerah Perdana bakal membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran manakala lapan pemenang Anugerah Maulidur Rasul akan menerima wang tunai RM20,000 beserta plak, sijil, dan hadiah iringan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2qIIrY1MY 
Hakcipta terpelihara 



#SELAMAT BERCUTI !

BUAT DUIT DENGAN DESIGN BAJU/BAG/KAD REKAAN SENDIRI | ZAZZLE.COM





Adakah korang seorang yang kreatif ? pandai dalam bab-bab mendesign ? nak buat bisnes tapi tak ada modal ? Haa , meh sini nak cerita sikit . ZAZZLE.COM ! Tapi rasanya ramai yang dah tahu pasal perkhidmatan yang dibuat di ZAZZLE.COM ni .  

Okay , pada yang tak tahu , sedikit keterangan mengenai ZAZZLE.COM :

Zazzle.com adalah website yang memproduksi barang-barang retail dan ahli-ahli yang berdaftar boleh submit design sendiri yang akan dicetak ke produk-produk di websitenya.




So , automatik kepada yang dah berdaftar menjadi ahli boleh terus men-design baju,kasut,phone case,kad,kalendar,bag dan macam-macam lagi . Korang boleh design mengikut design yang diberikan ZAZZLE.COM ataupun boleh guna gambar sendiri ( gambar dari komputer korang) . Best kan ! Oh ya , pendaftaran adalah percuma . Boleh daftar di sini : ZAZZLE.COM



BAJU






CLUTCH


IPHONE COVER



Gambar-gambar di atas adalah antara design/rekaan ahli-ahli zazzle.com . 

Sangat kreatif . Walaupun rekaan simple , tapi jangan terkejut ada je yang berminat nak beli . ZAZZLE.COM berkonsepkan worlwide shipping . Maknanya satu dunia akan view produk yang korang buat . Kebarangkalian mereka akan beli produk korang , mungkin tinggi . Tapi produk tu kena la up to date sikit . Ikut peredaran fesyen sekarang , baru la laku . ye dak ?

Setiap produk korang yang berjaya dijual , korang akan mendapat komisen 10% dari harga produk . Kaedah pembayaran adalah melalui PAYPAL . So siapa yang berminat dan nak belajar-belajar ilmu men-design ni , boleh try layari laman web : ZAZZLE.COM