♥ Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
♥ Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
♥ Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
♥ Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
♥ Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
♥ Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
♥ Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
♥ Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
♥ Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
♥ Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
♥ Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
♥ Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
♥ Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
♥ Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
♥ Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akanalah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
♥ Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
LIKE Shidaizy Boutique untuk mendapatkan tudung & Shawls eksklusif dgn harga yg berbaloi ! Sesiapa yang ingin menjana pendapatan sbg Agen Dropship juga dialu-alukan . Tempat terhad ! Thanks :)