Friday 4 January 2013

TAPAK TANGAN SELALU BERPELUH TANDA SAKIT JANTUNG



SOALAN:
Saya ingin tahu mengapa tapak tangan dan tapak kaki saya selalu berpeluh? Padahal, saya bukan dalam keadaan cemas dan suasana di sekeliling pula tidak panas. Kata orang, itu tanda sakit jantung. Benarkah?

JAWAPAN:

Belum tentu simptom seperti yang anda gambarkan itu berpunca daripada adanya gangguan pada organ jantung.  Malah, besar kemungkinan jantung anda langsung tidak bermasalah.




Pengeluaran peluh yang berlebihan dalam istilah perubatannya disebut sebagai ‘hiperhidrosis’. Biasanya keadaan itu berlaku apabila seseorang memasuki alam remaja atau belia.  Selain gangguan secara fizikal, hiperhidrosis juga boleh disebabkan oleh faktor psikologi (perasaan cemas/panik).  Keadaan ini boleh terjadi pada seluruh permukaan tubuh atau hanya pada bahagian-bahagian tertentu seperti pada tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.

Antara faktor gangguan fizikal yang boleh mengakibatkan hiperhidrosis ialah: 
- terdapatnya kelenjar peluh yang berlebihan
- penyakit gangguan hormon  seperti kencing manis (diabetes melitus), gangguan pembentukan hormon tiroid dan putus haid (menopause) 
- penyakit jangkitan (tuberkulosis)
- penggunaan ubat-ubatan tertentu 
- pengambilan alkohol.

Untuk merawat dan mengendalikan hiperhidrosis, anda perlu mengenal pasti puncanya terlebih dahulu – adakah ia disebabkan oleh faktor psikologis saja, atau terdapat gangguan fizikal yang menjadi puncanya. Setelah itu barulah diberikan rawatan atau terapi yang sesuai dengan faktor penyebabnya.  Oleh itu, pergilah berjumpa pakar perubatan untuk menjalani pemeriksaan lengkap. 



Sekiranya hiperhidrosis yang dialami amat mengganggu dan ternyata serius, saya cadangkan supaya merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga penjelasan ini dapat membantu. 


Dr. Janfrional
www.meetdoctor.com



Siapa ada simptom tangan berpeluh , boleh la geng dengan shiyda ! huhu