Tuesday 13 November 2012

HUKUM MEMAKAI INAI


Assalammualaikum ..

tadaa ! cantik kan inai , seperti yang kita tau , inai ni dah jadi trend sekarang . macam kat facebook aku , newsfeed memang ramai jugak la yang dok upload gambar diorang dok buat ukiran inai ni . memang cantik , memang indah , lagi-lagi bila terletak lembut kat tangan seorang wanita . tapi sejauh mana hukum memakai inai ala-ala tatu ni yer ? 
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
wallahu'alam...

Ada yang kata , ukiran inai ala-ala tatu ni menyerupai amalan perkahwinan kaum India . lagipun berhias hanyalah untuk suami. Sekarang ni realiti yang kita lihat bahawa para isteri tidak lagi berhias kepada suami ketika berada di rumah. tetapi bila nak menghadiri sesuatu majlis seperti kenduri kahwin, berhiasnya bukan main. terkejut si suami. huu Apa-apa pun tepuk dada , tanya iman mu :) 


LIKE Shidaizy Boutique untuk mendapatkan tudung & Shawls eksklusif dgn harga yg berbaloi ! Sesiapa yang ingin menjana pendapatan sbg Agen Dropship juga dialu-alukan . Tempat terhad ! Thanks :)